MELIHAT
seorang wanita menangis, mungkin pemandangan kita terlalu biasan dan menganggap
dia terlalu sensitif. Tetapi, bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang
terkenal dengan sifat gagahnya meraung disebabkan keegoannya dicabar? Atau
menangis meratapi perpisahan dengan pasangannya?
Peristiwa
yang jarang sekali berlaku. Ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka dididik
menjadi seorang yang pintar ketika menahan kesakitan, keperitan dan
mengendalikan emosi.
Benarkah
setitis air mata yang mengalir ke pipinya membuatkan diri rasa tercabar? Namun,
tidak semua lelaki berhati 'batu' dan gentar. Manakala sebahagian daripada
mereka menganggap, kesedihan yang melanda ke atas diri sehingga tidak terdaya
menampung air mata mampu merungkai emosi seorang jejaka.
Begitu
juga dengan kamu, dia tidak dapat menahan kesedihan di saat kamu gagal memenuhi
segala janji dan kemahuannya. Justeru dengan mudah, dia menitiskan air mata
kala hal buruk menimpa dirinya, walaupun berlaku berulang kali.
Mengapa
lelaki begitu mudah meluahkan emosinya menerusi air mata? Terdapat tiga faktor
utama yang menyebabkan mereka menjadi sensitif, lalu dengan pantas mengalirkan
air mata.
1. Pola asuhan
Nilai
dan cara hidup seseorang dibesarkan adalah sangat berpengaruh kepada suatu
keperibadian. Seseorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terlalu
memanjakan anak-anaknya akan membuat peribadi lelaki menjadi seorang yang manja
dan sulit menerima situasi yang tidak menguntungkan dirinya.
Dia
acap kali berasa cepat sedih dan marah tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
Begitu juga dengan seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih
sayang dan ikatan emosional yang sangat kental. Dia mudah menitiskan air mata
saat mengenangkan emosinya yang terlalu dihimpit perasaan duka.
2. Budaya
Unsur
budaya juga amat berpengaruh terhadap keperibadian seseorang. Dalam budaya hari
ini, posisi lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Maknanya, kebanyakan
perempuan seharusnya tunduk kepada kaum lelaki. Anggapan bahawa lelaki berhak
menguasai perempuan inilah yang terkadang membuat lelaki cepat menangis, saat
dia berasa diancam oleh seorang perempuan yang memiliki kemampuan yang melebihi
dirinya.
3. Hormon
Pada
dasarnya, komposisi hormon dalam tubuh akan membentuk sebuah pola perasaan
tertentu. Jadi, tingkah laku sensitif lelaki akan dilatar belakangkan pola yang
dibentuk oleh hormon tersebut. Biasanya, peribadi yang berpotensi menampilkan
perilaku sensitif adalah mereka yang memiliki pola sensitif. Cepat menangis
adalah salah satu bentuk ketidakpuasan yang bersifat pasif.
Berhadapan
dengan lelaki yang bersifat sensitif, sememangnya bukan suatu hal yang mudah.
Kamu tidak boleh terlalu keras atau terlalu menurut segala kemahuannya. Cuba
lakukan beberapa langkah di bawah untuk berhadapan dengan lelaki seperti ini.
* Bersikap tegas
Usah
ragu untuk bersikap tegas apabila si dia sering bersedih. Kamu perlu
berterus-terang kepadanya, bahawa kamu tidak suka dengan kebiasaannya itu.
Mintalah dia untuk menyampaikan dan menjelaskan apa yang tidak diingininya. Ajak
si dia menyelesaikan masalah secara berkompromi. Jangan biarkan si dia diam dan
pergi saat masalah belum selesai. Ini akan membuat dia selalu mengulangi
tingkahlaku seperti itu, atau akan menjadikan sikap sedih sebagai senjata
menutupi kesalahannya.
Contohi
tingkah laku
Sekiranya
selalu bersedih, fenomena tersebut boleh menjadikan rutin dalam kehidupan
sehariannya. Sesekali cubalah kamu melakukan hal yang sama. Apabila dia
bertanyakan masalah kamu, inilah kesempatan terbaik untuk kamu menjelaskan
kepadanya tentang suasana kurang nyaman saat memiliki pasangan yang terlalu
sensitif.
Salah
tutur kata mampu membuatkan si dia terdiam lantaran akan tersinggung. Cubalah
jelaskan kepadanya bahawa kebiasaannya tersebut mampu merosakkan komunikasi
dalam sebuah perhubungan kamu berdua.
* Beri pujian
Alasan
si dia sensitif kerana dia merasakan kurang kepercayaan diri menghadapi segala
kelebihan yang kamu peroleh, adalah jarang sekali berlaku. Apabila alasan ini
menjadi penyebab atas sikap sensitifnya itu, tidak salah kamu cuba memujinya
setiap hari. Ini membuat dirinya berasa dihormati dan sentiasa
diperlukan. -
Wednesday, August 22, 2012
Posted by FRANGIPANI. KEMBANG at 2:10 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
